Friday, October 22, 2010

kenangan bersama...

"...Sahabat seperti bintang, walau jauh, tapi tetap bercahaya.. Meskipun kadang menghilang, tapi sebenarnya tetap ada di tempatnya. Dia tak mungkin dimiliki, tapi tak bisa dilupakan, dia selalu di hati...Sahabat bisa marah, tapi x bisa membenci. Sahabat bisa menangis, tapi kadang x bisa melihatmu sedang menangis. Sahabat bisa saja diam, tapi akan bertindak cepat saat kau disakiti...Sahabat adalah dorongan ketika kau hampir berhenti, petunjuk ketika kau tersesat, membiaskan senyuman sabar ketika kau berduka, memahapmu ketika kau hampir tergelincir, dan mengalungkan butir2 mutiara doa padamu... "ya Allah, lindungilah sahabat2ku dalam rahmat-Mu. Kekalkan kakinya di jalanMu. Kuatkan jasadnya dengan redhaMu. Kuatkan rohnya dengan kecintaan padaMu. Buatlah dia tersenyum sampai kelak ke SyurgaMu.."
amin.. amin.. amin ya Rabb...


walaupun kaki x layak untuk melangkah ke sana bersama-sama sahabat ke Mesir.. namun, doa tetap ku iringi bt sahabat2 ku di sana.. exam start 26 ni hingga 11/11 2010.. insyaallah, kami berdua (ana dan aiman) akan bt yg terbaik.. korg jugak mesti bt yg terbaik.. rindu kt korg smua.. moga ukhwah kita semua diredhai Allah s.w.t.. BERUSAHA BERJAYA!!...










(khatijah, zainab, athirah, umi, hidayah, aiman, ikram, abrar, fathul, amir, solah, farid, firdaus, uweis....)

....................barakallahufikum.................

Thursday, October 14, 2010

ithar... penting ke tidak sifat ni???? hm..

Ithar ni klu kite tgk dlm kamus arab, iaitu mengorbankan kepentingan diri sendiri untuk orang lain. pastu, klu ikot Syeikh Yusuf al-Makassari ckp plak, ithar ni mendahulukan kepentingan orang lain daripada kepentingan diri sendiri demi mewujudkan persaudaraan yang kukuh . cthnye, manusia menahan lapar dan dahaga demi menghilangkan rasa lapar dan dahaga orang lain terlebih dahulu. paham x? hm.. k,cth ithar yang lain lak ni, andaikata si A mempunyai duit sebanyak RM10 sahaja, dalam masa yang sama si B pn perlukan RM10 tu. jd, si A ngan ikhlas kerana Allah telah memberi si B RM10 tersebut atas dasar ithar. Sifat ni satu sifat yang sangat mulia di sisi Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T:

‘dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang Yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu, dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.."

‘Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan RahmatMu".

klu ithar mementingkan org lain dr dri sndri, selfish plak adlh di antara sifat yang berlawanan ngan ithar, sbb sifat mementingkan diri ni bwk maksud menyayangi diri sendiri sehinggakan mendahulukan kepentingan diri sendiri semate2 tanpa menghiraukan keperluan orang lain. cth nya, koi2 la, aok2 la.. hdup nk nafsi2 je..

Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasullullah s.a.w bersabda:

“Tiga jenis manusia yang bukan sahaja tidak mendapat layanan dan ampunan pada hari qiamat kelak, bahkan akan mendapat siksa yang pedih iaitu: seorang yang mempunyai air yang banyak di tengah padang pasir, sedangkan ia tidak mahu memberikannya kepada orang yang kehausan, seorang yang menjajakan barang dagangannya dan terlewat untuk solat asar sambil bersumpah dusta bahawa barang dagangannya sekian-sekian dan dipercayai oleh si pembeli dan seorang lagi yang membaia’t pemimpin hanya untuk mendapatkan manfaat keduniaan, apabila kelak maksudnya tercapai, ia patuh dan jika tidak, ia mungkir(berpaling tadah).” HR Muslim.

Orang-orang yang selalu pntingkan dirinya takkan pikirkan kepentingan orang lain sebaliknya akan sanggup berbuat apa sahaja asalkan hajatnya tercapai. Dalam hal ini kehidupan kita bukanlah bersandarkan kehendak hawa nafsu tp perlu kepada semangat kekitaan 9hu3, macam smgt org kitak) n kasih sayang yang mengenepikan segala unsur peribadi yang menjadikan seseorang itu lupa diri dan lupa saudara. Seharusnya apa sahaja yang dilakukan hendaklah bermula dari niat yang betul dan ikhlas. Kedua-dua sifat tersebut menentukan sejauh manakah kita bepegang pada prinsip walaupun di akhirnya kita terpaksa berkorban.

Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda yang bermaksud :
"Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang dia sendiri suka mendapatnya.” HR Bukhari & Muslim.

Sesungguhnya Allah s.w.t. dan RasulNya tidak menyukai bahkan memurkai golongan manusia yang sukakan dirinya saja dan tidak memikirkan orang lain yang berduka, sakit, miskin dan sebab-sebab lain. Jenis manusia sedemikian dianggap tidak mengakui persahabatan, dan memutuskan sillaturrahim, kecuali jika ia ada faedah disebaliknya. Islam membenci sikap ini, ia satu sifat keji yang perlu dijauhi. Manusia yang dikasihi Allah adalah orang hidup untuk dirinya dan orang lain, memikirkan tentang kebaikan orang lain sebagaimana dia memikirkan tentang kebaikan dirinya sendiri.

Sikap suka menonjolkan diri ini biasanya menginginkan ramai orang ketahui akan kebaikan yang dilakukannya. ni la sifat sombong dan bongkak. nk pamirkan kelemahan diri sendiri. Biasanya sikap demikian adalah kerana hanya mahir dalam satu bidang sahaja, sedangkan bidang yang lain adalah lemah. Sikap ini gk boleh menonjolkan kelemahan akal dan kematangan seseorang. timbulkan fitnah dan prasangka buruk kepada seseorang. Keikhlasan letaknya di dalam hati dan hanya mampu diukur oleh tuan punya hati. Keikhlasan gk x boleh diukur oleh individu lain, demikianlah juga sifat riya’ atau sum’ah.

Mesti ikhlas dari hati kerana Allah, tidak mengharapkan pertolongan orang yang pernah ditolong. Sebagai contoh, andaikata seseorang ini mempunyai masalah, dia hanya menyelesaikan masalahnya dengan sendiri sahaja tanpa mengharapkan orang yang ditolongnya.Ramai orang suka mementingkan diri sendiri dalam pelbagai perkara, namun mementingkan diri sendiri adalah satu amalan yang tidak sihat, melainkan berlaku pada perkara-perkara yang harus kita mementingkan diri, sebagai contoh kita perlu mementingkan diri dalam kita beribadah. Akan timbul masalah jika kita terlalu mementingkan diri, antaranya ialah orang lain tidak akan membantu atau menolong kita, akan timbulnya pergaduhan, akan hilangnya keharmonian dalam jalinan persahabatan, keluarga dan masyarakat. Mengorbankan haknya untuk kepentingan orang lain serta mengorbankan diri untuk umat Islam dan kepentingan agama sudah menjadi kecil baginya. Selain itu, membangunkan agama Allah, berjuang, berjihad, mencetuskan sebanyak mungkin khidmat masyarakat dalam hubungan sesama manusia dan orang yang demikian berhak mendapat kasih sayang Allah S.W.T.

Pentingnya ithar sebagai gaya hidup masyarakat yang menolong, menghormati, berbakti, bersimpati dan berkasih sayang serta bertimbang rasa, pemurah kepada golongan yang memerlukan bantuan yang berada dalam kesempitan. Sifat ithar akan menimbulkan pelbagai kesan pada agama, masyarakat, suasana, negara, ekonomi dan politik. Sebagai contoh petikan yang telah di ambil di dalam sebuah akhbar Berita Harian di mana tajuknya ialah ‘sikap ithar bantu atasi kemalangan jalan raya’ dan stagement yang telah di sebut oleh Pegawai Penyelidik Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ialah ‘mendahulukan hajat orang lain daripada diri sendiri sifat mulia seseorang’.

Antara yang telah disebutkan di dalam akhbar tersebut ialah nasihat yang boleh diketengahkan untuk mengurangi kadar kemalangan jalan raya agar pengguna jalan raya bersikap ithar atau altruism ketika di jalan raya. Apabila sifat ithar menjadi amalan pengguna jalan raya, maka sudah tentu wujud suasana harmoni dan bertolak ansur mendahulukan yang lain di kalangan mereka yang akhirnya boleh mengelakkan kemalangan dan seterusnya menyelamatkan nyawa. Pengguna jalan raya masing-masing sanggup memberi laluan, bertolak ansur walaupun kadang-kadang dalam sesuatu situasi di atas jalan raya, mereka sebenarnya lebih berhak melalui sesuatu jalan atau sebagainya. Faktor kelalaian manusia banyak menyumbang kepada nahas jalan raya.

Secara kesimpulannya boleh kita katakan akibat mementingkan diri sendiri. Sifat mementingkan diri sendiri termasuklah terus memandu dalam keadaan mengantuk, memandu dalam keadaan kurang mahir dalam pemanduan kereta, tidak memeriksa keadaan kenderaan, bersikap panas baran, bersaing di jalan raya, dan tidak mahu mengalah atau bertolak ansur. Dengan bersikap ithar atau memberi keutamaan dan bertimbang rasa kepada pemandu lain, kita sebenarnya menyumbang dalam menjaga nyawa sesama manusia. Seperti yang kita ketahui memelihara nyawa manusia adalah salah satu tuntutan maqasid syariah dan menjadi tanggungjawab kita untuk berusaha menunaikannya. Mudah-mudahan sikap ithar yang ditunjukkan oleh sunnah dan amalan para sahabat dapat dijadikan pedoman dalam kehidupan kita apatah lagi ketika kita menggunakan jalan raya. Inilah aspek utama dan terpenting untuk membina masyarakat Muslim yang kuat.

Dalam sejarah Islam kita dapat lihat peristiwa ithar yang terdapat di dalam kisah hijrah Rasulullah s.a.w, di mana Saidina Ali r.a sanggup mengambil tempat Rasulullah s.a.w dan tidur di katil Rasulullah s.a.w, ketika baginda hendak berhijrah ke Madinah sedangkan Saidina Ali mengetahui rancangan kaum kuffar ingin membunuh Rasulullah s.a.w pada malam itu.

Sifat ithar turut ditunjukkan oleh kaum Ansar di Madinah, ketika kaum Muhajirin dari Makkah berhijrah ke Madinah. Kaum Muhajirin meninggalkan kampung halaman mereka di Makkah kerana Allah SWT. Mereka hanya membawa bersama sedikit harta dan bekalan. Mereka disambut dengan baik oleh penduduk Madinah. Bahkan, kaum Ansar di Madinah melebihkan kaum Muhajirin daripada diri mereka sendiri. Inilah sifat ithar yang mereka tunjukkan kepada kaum Muhajirin.

Selain itu, Kisah yang diriwayatkan oleh Abu Jahm b. Huzaifah r.a, ‘ketika perang Yarmouk, aku telah mencari saudara sepupuku yang berada di bahagian hadapan pertempuran. Aku membawa sedikit air untuknya, dan aku dapati saudara sepupuku berada di dalam keadaan luka yang amat parah semasa peertempuran tersebut. Lalu aku menghampirinya dan memberinya sedikit pertolongan dengan sedikit airku. Dalam masa yang sama, aku terdengar rintihan seorang askar iaitu Hisham bin Abi al-A’s yang berada di dalam keadaan luka parah yang berada bersebelahan saudara sepupuku itu, lalu saudara sepupuku memalingkan wajahnya dan memberi isyarat kepadaku agar aku membawa air tersebut kepada Hisham yang berada disebelahnya. Lalu aku menghampiri Hisham untuk menghulurkan air kepadanya. Namun ketika aku menghampirinya, tiba-tiba aku kedengaran suatu teriakan dari seorang yang sedang terbaring tidak jauh daripada Hisham, lalu Hisham juga memalingkan kepala dan member isyarat kepadaku agar aku member air gtersebut kepada askar yang berteriak kesakitan tadi. Saat aku menghampiri orang berteriak itu, orang tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir, lalu aku berlari mendapatkan Hisham kembali dan aku dapati juga Hisham turut menghembuskan nafasnya yang terakhir dan akhirnya aku segera sekali lagi berlari kepada saudara sepupuku, namun dia juga menghembuskan nafas yang terakhir.

Sifat ini adalah satu pengorbanan yang tidak ada pada semua orang. Ianya merupakan sebuah anugerah yang dikurniakan kepada insan yang beriman dan mempunyai ihsan di dalam dirinya. Jika ia mampu mengorbankan haknya untuk kepentingan orang lain, berkorban untuk umat Islam dan kepentingan agama akan menjadi kecil baginya. Mudah sahaja untuk membangunkan agama Allah, berjuang, berjihad, mencetuskan sebanyak mungkin khidmat masyarakat dalam hubungan sesama manusia, orang yang demikian berhak mendapat kasih sayang Allah S.W.T.

Gambaran berdasarkan firman Allah S.W.T dalam surah al-Hasyr pada ayat 9 hingga 10 ini hendaklah dijadikan panduan secara bersama oleh setiap generasi Islam hari ini. Setiap mereka yang ingin mencari keredhaan Allah S.W.T, telah dijanjikan oleh Rasullullah s.a.w untuk mendapat jaminan syurga di hari akhirat kelak. Keadaan seperti ini tidak lain dan tidak bukan adalah kerana amalan hidup mereka menepati kehendak syariat, ditambah pula perasaan hati sanubari dan jiwa nurani mereka yang sentiasa istiqomah dalam mengendalikan urusan ad-din.
Wallahu a’lam wa a’la a’lam.

rasanya, ni je kot dapat ana kongsikn kali ni.. insyaallah, ada masa lg, ana akan kongsi lg apa2 ilmu yg ana dpt insyaallah..pe2 pn yg dpt ana pesan kt sni, selamat membaca, n slmt beramal................... (-_-)

assalamualaikum..

ZUNNULMISR

My photo
"sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahannya.." (al insyirah_6)