Friday, December 10, 2010

TAWAKKAL MENDIDIK JIWA PASRAH


.:السلام عليكم ورحمة الله:.



KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER I SESI AKADEMIK 2010-2011 boleh disemak menerusi web di alamat http://www.ukm.my/smpweb dan menerusi gerbang SMS-UKM dengan menaip maklumat berikut:UKM RESULT > No Matrik > No Mykad / Passport dan hantar ke 15888 Semakan boleh dibuat mulai 10 Disember 2010.




Hidup ni penuh dengan ujian.. Memang perit dan pedih untuk menghdapinya.. Diri, pujuklah hati.. ingatlah Allah.. sesungguhnya, banyaklah sudah isi2 yang tersingkp di dalam kalamNya.. segala jawapan ada didalam kalamNya..

"....dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.."
(Surah Yusuf ayat 12)


Keputusan peperiksaan tak membanggakan. walau apapun, Alhamdulillah.. tahniah kawan2 yg mendapat dekan.. apa bezanya aku dengan kawan2.. padahal study sama2.. kenapa aku x boleh dpt dekan macam diorang??? sedih, sedih gak.. jgn sampai lupa nk ucapkan kalimah alhamdulillah.. adakah aku leka dengan result teruk? knp sampai blh lupa nk ucap kalimah alhamdulillah.. Allah tak adil ke? Kita lupa ke, sebab bukan Allah yg tak adil, tapi natijah tu atas amalan kita, atas usaha kita, dan apa yang kita jawab masa exam, tu yg kita dapat.. soalan suruh jawab 10, dah kita jawab 7 je, camtu la result yang kita dapat.. fikirkan semula, banyak mana amalan yg kita lakukan sekiranya kita x berjaya.. knp kita x mensyukuri nikmat Allah beri.. syukurlah.. jgn lupa diri..

teringat pesanan ustaz masa kecik2 dulu, "masa paling indah dalam hidup ni adalah masa belajar.." dan ayat2 yang biasa dia pesan, nanti dah berumah tangga tanggungjawab dah lain. jadi masa sekarang ni la kejar betul2 cita2.. ramai orang cakap, releks la, zaman sekarang dah lain, kahwin masa belajar ok, dah jadi perkara biasa. takde yang mustahil, tapi kene pandai2 bahagi masa la.. hm, nk kene pandai2 bahagi masa tu la yang sangat dibimbangi.. tak pe, buat masa sekarang tak perlu fikir lagi, yang penting belajar betul2 dulu.. yup, dunia je.. knp orang selalu cakap cmni e? teringat pensyarah kat maahad dulu penah luahkan kekecewaannya yang anak murid dia cakap kenapa nk beria sangat study, dunia je semua tu.. allahuakhbar.. hei!! lupa ke, belajar kat dunia ni adalah amalan kita kat dunia, dan amalan kat dunia yang sementara ni, adalah untuk bekalan kita selama2nya kt akhirat..  bila nak axam, teringat pesanan ust masa kecik2 dulu, sampai sekarang ingat lagi formula ni :
(U-M=S M-U=G U+M=B)
"usaha tanpa matlamat, sia2"
"matlamat tanpa usaha, gagal"
usaha bersama matlamat, berjaya"

redha la dengan apa yang dah dapat tu, tp jangan ditinggalkan usaha yang berterusan untuk masa akan datang. insyaallah.. Tawakkal juga harus disertakan.. ye.. betul... taqarrub ilallah,. jangan leka..

19 haribulan 12 ni dh naik sem baru, insyaallah, nak bina azam baru.. tajdid niat betul2.. insyaallah3.. cabaran kembali, terutama foundation, ko-k dan sejarah2 ni, assignment kena buat betul2.. insyaallah..

JAPATI ( Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam batch 2010/1011)



( group KO-K KKM UKM tahun 1)

akhir kalam, hayatilah sebuah Hadith Rasulullah SAW,Sabda Nabi s.a.w kepada Ibnu `Abbas ketika itu dia masih kecil: Maksudnya:

"Wahai anak kecil! Sesungguhnya aku ingin mengajarmu beberapa kalimat, iaitu, jagalah Allah (jagalah perintahNya) nescaya Allah menjagamu. Jagalah Allah (jaga perintahNya) nescaya engkau dapati Dia berada di hadapanmu (menunaikan keperluanmu). Apabila engkau memohon pohonlah daripada Allah. Apabila engkau meminta pertolongan minta tolonglah daripada Allah."


ALHAMDULILLAH!!!!...
.: برك الله :.

Monday, December 6, 2010

SEJARAH HIJRAH RASULULLAH


HIJRAH??? Dari sudut bahasa, hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan lain. Dari sudut istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang. Ini berdasarkan hadis bahawa Rasulullah saw bersabda:

المُهاَجِرُ مَنْ هَجَرَ السُّوْءَ فَاجْتَنَبَهُ

Yang bermaksud: “Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan kejahatan, maka dia menjauhinya.” (Hadis riwayat Ahmad)


Dalam makna lebih luas, hijrah difahami sebagai perpindahan dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Contohnya, meninggalkan ajaran bertentangan dengan Islam dan kembali kepada ajaran Islam sebenar.


Pada asasnya, peristiwa hijrah bukan saja berlaku kepada Nabi Muhammad tetapi turut dilakukan oleh nabi yang lain atas perintah Allah. Nabi Ibrahim umpamanya diperintahkan Allah berhijrah ke satu tempat yang lain seperti mana firman Allah:


فَآمَنَ لَهُ لُوطٌ وَقَالَ إِنِّي مُهَاجِرٌ إِلَى رَبِّي إِنَّهُ هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Yang bermaksud: “Setelah Nabi Lut beriman kepada-Nya dan Nabi Ibrahim pun berkata: Aku hendak berhijrah kepada Tuhanku, sesungguhnya Dialah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Ankabut, ayat 26).


Di samping Nabi Ibrahim, Nabi Musa juga diarahkan berhijrah kerana ancaman pembunuhan terhadap baginda. Selain itu, banyak ayat al-Quran yang menerangkan peristiwa hijrah Nabi Musa ke tempat Madyan, atas cadangan seorang lelaki yang mengetahui ada pakatan bunuh terhadap Nabi Musa. Selain Nabi Ibrahim dan Nabi Musa, Nabi Noh juga diperintahkan berhijrah kerana akan berlaku banjir besar.


Bagaimanapun dalam konteks hari ini, hijrah yang disambut setiap tahun pula lebih kepada memperingati peristiwa penghijrahan Rasulullah dan sahabat dari Kota Makkah al-Mukarramah ke Kota Madinah al-Munawwarah. Peristiwa ini berlaku pada 632 Masihi disebabkan beberapa faktor antaranya ancaman daripada kaum Quraisy terhadap umat Islam. Malah, beberapa bulan sebelum hijrah, Rasulullah turut dihina penduduk Thaif yang angkuh dengan dakwah baginda. Justeru, bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah mengarahkan pengikut baginda keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali Yathrib).


Suatu hari pada 622SM, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah diberitahu bahawa kaum kafir Quraisy Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Lalu Allah menurunkan wahyu memerintahkan baginda meninggalkan Madinah waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat, Abu Bakar as-Siddiq dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan berkenaan. Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib supaya menggantikan tempat tidur baginda.


Pada malam itu, sekumpulan Quraisy mengepung rumah Rasulullah dengan niat mahu membunuh baginda. Selepas mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang lelaki sedang tidur di atas katil Rasulullah. Lalu, mereka begitu yakin bahawa Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan hampir pasti dapat membunuh baginda.


Bagaimanapun, apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali yang tidur di tempat berkenaan.Akibatnya, kaum Quraisy terpinga-pinga memikirkan bilakah Rasulullah keluar dari rumah berkenaan. Bagaimanapun, kaum Quraisy tetap mahu membunuh baginda dan mereka bersepakat mencari segenap pelusuk bagi menyempurnakan niat jahat itu. Rasulullah dan Abu Bakar keluar dari Makkah pada malam itu dan tidak ada sesiapa yang mengetahui arah tujuan mereka serta tempat persembunyian baginda kecuali Aishah dan Asma’ serta orang gaji mereka, Abdullah.


Ketika hendak meninggalkan kota Makkah untuk berhijrah ke Madinah, baginda s.a.w. pernah berkata: “Demi Allah wahai Makkah! Sesungguhnya engkau adalah tanah yang paling kucintai di bumi Allah ini sekiranya pendudukmu tidak mengusirku keluar.” Selepas itu, baginda dan Abu Bakar bertolak ke Gua Thur, tidak jauh dari bandar Makkah. Ada riwayat menyatakan baginda ke sana pada 27 Safar.


Setiba di Gua Thur, Rasulullah dan Abu Bakar bersembunyi di situ selama tiga hari. Dalam saat getir itu, kaum Quraish masih mahu membunuh baginda. Mereka menghampiri gua berkenaan tetapi gagal menemui Rasulullah di situ. Mereka berpendapat, gua itu tidak berpenghuni selepas melihat sarang labah-labah yang masih elok menutupi kawasan berkenaan. Selepas kaum Quraisy beredar, Rasulullah dan Abu Bakar meneruskan perjalanan dengan menaiki unta yang dibawa orang gaji mereka, Abdullah.


Kaum Quraisy di Makkah kian marah dengan kehilangan Rasulullah. Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap baginda. Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah, Rasulullah dan sahabat tiba di perkampungan kaum Bani Sabin. Penduduk di situ menyambut rombongan baginda dengan gembira.


Selepas sekian lama, Rasulullah dan sahabatnya akhir merasakan bakal menemui kejayaan. Ketika Rasulullah dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan baginda. Malah, penduduk Madinah yang baru memeluk Islam gembira untuk menemui Rasulullah.
Maka, pada Jumaat, Rasulullah akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Ada riwayat menyatakan baginda sampai ke Madinah pada 12 Rabiul Awal. Ketika itu, kaum Muslim keluar menyambut baginda. Rasulullah menunaikan solat di masjid di Lembah Ranuqna, tempat umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu.


Sebaik sampai ke Madinah, Rasulullah mempersaudarakan antara golongan Muhajirin dengan golongan Ansar berdasarkan firman Allah:


إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ

Yang bermaksud: “Hanya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara.” (Surah al-Hujurat, ayat 10)


Juga berdasarkan sabda Rasulullah:

المُسْلَمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لاَ يَظْلِمُهُ وَلاَ يَثْلِمُهُ، مَنْ كاَنَ فيِ حاَجَةِ أَخِيْهِ كاَنَ اللهُ فيِ حاَجَتِهِ

Yang bermaksud: “Seorang Muslim adalah saudara kepada seorang Muslim lain; dia tidak menzaliminya dan tidak boleh mengaibkannya. Dan sesiapa menunaikan hajat saudaranya, Allah tetap akan menunaikan hajatnya pula.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Baginda juga membina Masjid Nabawi. Tempat itu asalnya adalah sebuah dusun kurma kepunyaan Bani Najjar yang diwakafkan untuk tujuan berkenaan. Rasulullah menyegerakan pembinaan masjid di Madinah adalah untuk dijadikan pangkalan bagi sebuah negara baru yang ditegakkan baginda. Di sinilah segala kegiatan masyarakat dijalankan. Sesungguhnya, hijrah Rasulullah bersama sahabat baginda bukan bertujuan melarikan diri bagi menyelamatkan nyawa, tetapi kerana suatu tujuan yang lebih besar yakni meneruskan perjuangan ke arah mendaulatkan agama Islam.


doa akhir tahun:-

"Bismillahhirrahmanirrahim..Dgn nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, segala puji bg Allah seru sekalian alam,selawat dan salam kpd junjungan Rasul dan kpd keluarganya dan sahabat sekaliannya.. Ya Allah!Apa yg telah kami lakukan spanjang tahun ini dr apa yg Engkau larang kami drpdnya,maka tdk sempat kami btaubat drNya dan Engkau tdk meridhainya dan tdk Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kpd kami walaupun Engkau berkuasa menyeksa kami, malah Engkau mberi peluang supaya kami btaubat stelah kami melakukan maksiat kpd Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau,maka ampunilah kami dan apa yg kami lakukan pdnya dr apa yg Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan yg Mulia yg mempunyai kebesaran dan kemuliaan smg Engkau menerima kami dan jgnlah Engkau memutuskan harapan kami dr kurnia Engkau Wahai Tuhan Yang Mulia...walhamdulillahirabbil alamin..."

doa awal tahun:-

"Bismillahirrahmanirrahim..Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi, Yang Qadim. Yang Awal dan ke atas kelebihanMu yang Besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu 
Ya Allah 
Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Ya Allah Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.Ameen Ya Mujib..Ya Rozaq..Ya Muhaimin.." amin.. amin.. amin.. allahumma amin.. ya rabbal alamin..



.: salam maal hijrah:.

ZUNNULMISR

My photo
"sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahannya.." (al insyirah_6)