...: assalamualaikum :...
“Ya Allah Ya Tuhanku, cucurilah rahmat dan kasihilah kepada kedua ibu bapaku seperti mereke mengasihi dan menyayangiku sewaktu aku kecil….”
19/1/2011
Pejam celik pejam celik.. genap setahun aku x mendengar lg suaranya, manjanya, gelak tawanya, suka dan duka bersamanya…. Aku hanya mampu mendengar, melihat dan bersama nya tika aku terlena… Segalanya x dpt digambarkan, hanya bermain difikiran dan tersemat di hati sanubari ini.. Allah… hati ini rindu… sampaikanlah rinduku padanya ya Robb.. walaupun dia sudah kembali pdMu ya Allah, namun hati ini bersamanya, tetap sayangkannya, tetap kasihkannya.. Anak2 yg masih punya ibu dan ayah.. hargailah mereka selagi mereka wujud di dunia ni.. hormatilah mereka.. x dapat nk digambarkan betapa sedihnya hati ini bila tiada ibu.. perasan rindu yg x dpt dilukiskan ddgn kata2.. ya Allah..
Alangkah indahnya hidup ini, andai ku dapat tatap wajahmu..
Kan pasti berair air mataku kerna pancaran ketenangan..
Alangkah indahnya hidup ini andai dapat ku kucup tanganmu..
Moga mengalir keberkatan dalam diriku utk mengikut jejak langkahmu..
29/1/2011
setelah setahun 10hari aku bersama abah selepas mak pergi, abah pula mnyusul emak menuju cinta ilahi yang hakiki dan abadi. Allahuakbar……. Sebak di dada x dapat nk di ungkap dengan kata2. Ya Allah, 2 org yg paling ku sayang selepas Kau dan RasulMu telah kembali padaMu.. peliharalah mereka ya Allah…. Dengarlah rintihan hambaMu ini Ya Allah…… aku sayangkan mereka…
“abah xde perubahan”
“nadi abah 100/61”
“tekanan darah abah 76/42”
“nadi ngan tekanan darah xdapat baca.. dapat sekejap2 je, pastu xdapat baca semula..”
“x dapat baca lagi.. sekali sekala nurse datang cek”
“abah kene buat cpr”
“abah kene cpr lagi..”
“abah dah xde...............”
“haaaaaaaahhhh!!!!.....”
“innalillahi wa inna ilaihi rooji’un…”
“innalillahi wa inna ilaihi rooji’un…”
redha dgn taqdir Allah.. sungguh Allah lebih menyangi nya. Allahummaghfir lahu warhamhu wa a’fihim wa’fu ’anhum..
kuatkan semangat anak2…
setahun 10hari?? Memang jodoh dah tu.. semoga mak dan abah tergolong dalam golongan solihin.. berjumpalah kembali mereka berdua di alam barzakh. Banyakkan doa dan baca quran. Semoga mereka bahagia di sana.
Semoga Allah berikan ketabahan..
Sebagai anak yang soleh dan solehah, selalu doakan mak dan ayah setiap kali selepas solat…
Senyumlah di kala gembira, kerana itulah sebaik2 utusan, menggambarkan ketenangan di hati dan senyumlah di kala berduka, kerana itulah menggambarkan kerelaan hati menempuh dugaan Allah demi redhaNya..
Jika ketenangan dan keredhaanNya yang dicari, Allah akan terus uji hati hingga pada suatu masa, kita akan rasa indahnya tawakkal kepadaNya dan itulah nikmat dalam jagaanNya..
Semoga tabah menghadapi segala dugaan ini..semoga dia ditempatkan dengan golongan orang2 yang beriman..
setiap yang hidup pasti akan pergi.. tabahkan hati…
tabahlah mengharunginya..
ketentuan ilahi yg hidup pasti akan kembali..
‘azzama Allah arjaki..
ini adalah ujian. Allah menguji hambanya untuk menilai sejauh mana keimanannya.. Allah...
Doa anak yang soleh pasti sampai kepada ayahnya. janganlah kita lupa, walaupun mereka telah tiada, mereka tetap mengharap pada janji Allah, janji Rasulnya.. jadilah anak yang soleh yang sentiasa doakan mereka sampai bila2..
Manusia.. (“>) kadang2 lupa untuk menhargai seseorang yang ada dengan dia.. (“?) tapi.. bila dia kehilangan orang tu, dia akan menangis.. (“:_) dan akan merindui “seseorang” itu sangat2! Jadi hargailah “seseorang” itu, sebelum kamu x akan dapat lihat, sentuh, Nampak, rasa, dan sayang “seseorang” itu lagi.. sebab kamu xpernah tahu sape yang akan sayang kamu hingga kamu kehilangan dia.. hanya sebab “seseorang” itu x sayang kamu dengan cara yang kamu nak, x bermakna dia x sayang kamu dengan semua yang dia ada.. renungkan..
Semuanya ada hikmah yang telah ditentukan Allah.. anak yang solehah akan mengambil pula giliran ibu yang solehah.. begitulah putaran kehidupan.. hayati ayat ini (153-157 al-Baqarah):
“…wahai orang2 yg beriman, minta tolonglah kamu dengan sabar dan sembahyang. Sesungguhnya Allah bersama orang2 sabar…dan jangan kamu berkata kepada orang2 yang terbunuh sabilillah, bahawa mereka itu mati, bahkan mereka itu hidup, tetapi kamu tidak sedar…demi, sesungguhnya akan kami uji kamu dengan 1 ujian, iaitu ketakutan, kelaparan dan kekurangan harta, manusia dan buah2an. Dan berilah khabar gembira orang2 yang sabar atas ujian itu…iaitu orang2 yang apabila ditimpa musibah malapetaka, mereka berkata: innalillahi wainna ilaihi raaji’uun. Bahawa sesungguhnya kita kepunyaan Allah dan kita akan kembali kepadaNya... Untuk mereka itu selawat berkat dari Tuhannya serta rahmat, dan mereka itu mendapat petunjuk…”
Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa’at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu… .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..
Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita
menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang
memperdulikan
dan
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya
didahulukan
didunia ini.
Ayah… Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu…
No comments:
Post a Comment