Saturday, December 12, 2009

ISLAM MELARANG KERAS PERBUATAN ZINA......

Assalamualaikum..



hari ni ana nk la kongsi sikit apa yang dapat semasa dalam membuat kajian untuk tesis ana ni.. alhamdulillah sedikit sebanyak dapat bagi infak yang berguna pada kalian yang bce blog ni..

tjuk tesis ana larangan zina..



Allah s.w.t telah menetapkan sesuatu hukum kepada manusia untuk ditaati perintahnya bagi melihat sejauh mana ketaatan hambanya. Allah juga telah menetapkan bahawa mereka yang mengingkari suruhannya termasuk golongan orang yang menzalimi dirinya sendiri. Semuanya telah diletakkan garis panduan untuk diikuti dan ditaati oleh manusia. Disebalik syariat itu pasti tersembunyi seribu satu hikmah yang perlu diterokai oleh manusia.

Institusi kehidupan hari ini, larangan menghampiri zina haruslah dititik beratkan oleh setiap individu muslim. Hal ini disebabkan kerana mereka mengambil ringan suruhan ini dan menganggap hal ini bukan dari agama bahkan satu kehidupan masyarakat yang moden. Sedangkan judi, mencuri, meminum arak adalah bahaya di kalangan masyarakat, inikan pula zina dari muqaddimahnya hinggalah kepada usaha yang memungkinkannya akan berlaku perbuatan zina adalah bahaya dan berdosa disisi Allah s.w.t kerana zina adalah perbuatan keji yang bertentangan dengan syariat islam. Oleh itu,islam melarang keras penganutnya daripada menghampiri apa jua jalan yang membawa kepada zina dan melanggar batas-batas yang telah ditetapkan oleh Allah swt terutama hal batas-batas pergaulan.



"LARANGAN MENGHAMPIRI PERBUATAN ZINA"





Firman Allah:
ولا تقربواالزناانه كان فاحشة وساء سبيلا
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk”

(surah isra' ayat 32)


Larangan zina yang digunakan di dalam ayat ini ialah ‘janganlah kamu mendekati zina’ dan bukanlah digunakan ‘janganlah kamu melakukan zina’, kerana ia mempunyai makna yang sangat mendalam iaitu bukan hanya penzinaan sahaja dilarang, tetapi segala yang menjadi pintu ke arah itu adalah dilarang sama sekali. Walaubagaimanapun di zaman moden ini, masih ramai yang hanya memandang sepi sahaja terhadap larangan-larangan yang telah disyariatkan ini. Melakukan perbuatan zina bukan sahaja melanggar perintah Allah swt dan anjuran islam, malah telah menyalahi peraturan adat dan tatasusila hidup berukun dan merosakkan kedamaian. Namun begitu,adakah larangan terhadap perbuatan zina ini telah benar-benar memberi kesan kepada remaja khususnya di daerah kuantan ini?


Agama Islam adalah agama yang bercirikan lengkap, menyeluruh, menepati sesuatu tempat serta tetap dan anjal. Menyentuh berkenaan gejala zina yang berleluasa,tidak dapat disangkal lagi bahawa akal manusia biasanya mengakui perbuatan zina itu dikeji oleh agama kerana hubungan seks antara lelaki dan perempuan yang bukan suami isteri yang telah melakukan hubungan yang dihalalkan khusus untuk pasangan suami isteri seperti menimbulkan sesuatu perbuatan yang menyeronokkan dalam diri mereka.

Dapat dilihat dunia pada hari ini dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Pelbagai masalah zina bebas yang dilakukan dan hasilnya sangat dasyat di mana sesetengah bayi yang telah dilahirkan secara luar nikah dibuang di merata-rata tempat. Hal ini kerana mereka berasa takut atas perbuatannya terbongkar serta malu kepada masyarakat. Selain itu, ada pula lelaki yang menuduh perempuanlah punca segala perbuatan zina, kerana dikatakan perempuan yang sering mempamirkan tubuh untuk menaikkan nafsu berahi lelaki.

Realiti yang dapat diperhatikan kini ialah masyarakat terutama masyarakat islam khususnya sudah tidak menitik beratkan etika berpakaian, di mana pakaian seorang muslim itu wajib memenuhi fungsi dasarnya iaitu menghindarkan seseorang dari dorongan berahi kerana jika aurat tidak ditutup dengan sempurna ia akan mengundang berlakunya kejadian rogol atau perbuatan zina yang boleh merosakkan maruah individu yang terlibat. Sehubungan itu, nilai pakaian masa kini sudah dicemari oleh individu yang berpakaian hanya sebagai syarat dan adat sahaja dan pendedahan sebahagian tubuhnya yang telah mendorong kepada gejala zina. Di samping itu, mendengar perkara yang boleh menaikkan nafsu seperti kelunakan suara (rayuan atau pujukan) juga masalah-masalah yang memungkinkan berlakunya panggilan dan tarikan-tarikan untuk berzina.

Islam melarang masyarakat bergaul bebas di antara lelaki dan perempuan kerana kebebasan dalam pergaulam lelaki dan perempuan pasti akan menimbulkan fitnah zina. Sebelum berlakunya zina, agama islam juga melarang lelaki dan perempuan yang bukan muhrim berpandang-pandangan kerana dikhuatiri panahan dari pandangan tersebut akan menggelorakan syahwat sesama sendiri. Kemudian geloraan syahwat tersebut akan meronta meminta dilepaskan dan akhirnya terjadilah persetubuhan haram yang diidamkan. Mereka tidak pernah rasa bimbang atau takut dengan suruhan dan larangan tersebut malah berasa seronok apabila mengingkarinya. Demikianlah seterusnya agama islam sengaja meluaskan daerah larangannya, agar kemungkinan-kemungkinan berzina itu akan selalu tertutup rapat.


Kaedah usul fiqh berbunyi:


سدا للذريعة ودرءا للمفسدة

"menutup jalan kemungkinan untuk melakukan dan berusaha menolak kepada apa yang merosakkan”



Larangan zina mengingatkan kita agar jangan mendekati zina, inikan pula untuk melakukannya. Kalimah ”janganlah kamu menghampiri”, yang terkandung dalam alquran memberikan isyarat bahawa jika larangan ini diabaikan, ia akan menimbulkan banyak perkara yang boleh membahayakan diri dan mencemarkan agama,bangsa dan negara. Kemudian disebutkan perkataan yang disertai dengan gaya bahasa yang sangat menarik iaitu ” sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji ”. Perbuatan keji (al-fahisyah) adalah perkara negatif yang melampaui batasan. ”Dan suatu jalan yang buruk” perkataan yang disebutkan ini juga di antara perkara yang tidak diingini bagi setiap individu. Kekejian zina diakui oleh masyarakat yang ingin dihormati dalam kehidupannya kerana prinsip ini akan menghiasi masyarakat dengan emosi yang terpuji dan moral yang tinggi bagi kemajuan kehidupannya.


Menurut kamus Dewan Bahasa edisi ke empat, perkataan larangan mempunyai dua maksud, yang pertama ialah sesuatu yang dilarang atau terlarang. Manakala yang ke dua ialah perintah melarang (sesuatu perbuatan) tegahan.

Perkataan zina pula bermaksud persetubuhan yang tidak sah atau haram (bukan hubungan suami isteri), mukah :jangan kamu melakukan. Berzina ialah melakukan zina, berbuat zina dan mukah. Selain itu, penzinaan bermaksud perihal atau perbuatan zina.

Zina berdasarkan ilmu syara’ adalah perbuatan di mana seorang lelaki dan perempuan yang dengan jelas tidak terikat dengan pernikahan yang sah (menurut syariat Islam), melakukan hubungan kelamin, sedemikian sehingga kemaluan lelaki (hasyafah) si lelaki masuk ke dalam kemaluan wanita (farji), tidak mempedulikan akan terhasil orgasme atau tidak. Dalam hal ini, penzina harus berada dalam keadaan yang terikat dengan tanggungjawab. Namun demikian, ada sebahagian mereka yang terlepas dari taklif, antaranya:
1. yang tidak berakal, belum baligh, gila, tidur
2. yang di paksa (mukrah)
3. yang terpaksa (mudhtarir)


Larangan mendekati zina di sini ialah prevensi (sadd dzaria’h) atau berhati-hati (ihtiyath). Larangan menghampiri perbuatan zina adalah kerana orang yang menghampiri perbuatan tersebut tidak akan dapat lari dari melakukannya melainkan dengan perlindungan Allah s.w.t, sebagaimana kisah nabi Yusuf a.s. Nabi Yusuf dipancing oleh Zulaikha agar mendekatinya namun tidak diendahkan nabi Yusuf a.s hinggalah Zulaikha terdesak dengan nafsunya dan memerangkap baginda untuk ke bilik tidurnya dan menawarkan dirinya. Namun begitu,baginda menolaknya. Penolakan baginda menaikkan kemarahan Zulaikha kerana merasakan dirinya dihina oleh hambanya sendiri. Akhirrnya Yusuf terperangkap dengan Futhifar (suami kepada Zulaikha) yang pulang ke rumah ketika Zulaikha menarik koyak belakang baju baginda ketika mengejar baginda yang meluru ke pintu. Kemudian Zulaikha telah memfitnah baginda di hadapan suaminya. Walaubagaimanapun baginda terselamat dengan bukti yang berada di hadapan mereka bahawa baju baginda koyak di belakang dan bukan di hadapan. Akhirnya, Futhifar menyebelahi baginda dan berita itu sampai ke masyarakat umum.



Islam juga memandang serius kepada berlakunya perbuatan atau perlakuan awal (preaction) yang boleh membawa kepada berlakunya zina seperti berkhalwat.


Rasulallah s.a.w. bersabda:


“tidak berada di tempat sunyi di antara seorang lelaki dan wanita kecuali yang ke tiga adalah syaitan”.


Hadith ini menunjukkan bahawa perbuatan khalwat antara lelaki dan perempuan yang tiada hubungan mahram boleh mendorong kepada penyelewengan seksual kerana mereka akan dipengaruhi oleh syaitan yang sentiasa mendorong manusia ke arah kejahatan.


Friday, November 6, 2009

KU BERSYUKUR.....

assalamualaikum..


Dalam menguak menuju destinasi kemurnian fitrah,pelbagai dilema mewarna fenomena perjuangan..cubaan yg melanda kadangkala bagaikan sembilu yg menghiris kalbu sehingga meninggalkan bekas untuk dikenang hingga akhir hayat.semuanya menjadi memory dalam minda umat sehingga mencambahkan lagi semangat dan motivasi menuju kebenaran yg hakiki..

peristiwa silam merupakan kenangan yg diukir insan mulia dgn tinta sejarah menghiasi dan mengisi relung hati umat masa kini.setiap goresan ukirannya bukan sekadar fatamorgana tetapi merupakan reaity yg tlh ditetapkan ilahi..


kepiluan dan titisan air mata mengisi ruang2 kedukaan insan yg diuji leh Allah..bg yg sabar mendapat rahmat dan yg ingkar mendapat kehinaan..

kelmarin merupakan kenangan..hr ini adalah reality dan hari esok merupakan perjuangan..
sesungguhnya kenangan kepilan dan kesyahduan menguak tabir perasaan yg mengayat hati tersimpan dalam DUKA!!...



maksud firman allah:
"dan blh jd kamu tidak menyayangi sesuatu,
padahal itu baik bgmu,ttp blh jd kmu menyukai
sesuatu,padahal itu tidak baik bgmu.."
(albaqarah_216)



bismillahirrahmanirrahim..alhamdullillah..bersyukur kita ke hadrat allah azzawajalla krn masih lg diberi nafas utk hdup di bumi allah swt yg karamah lg barakah ni..selawat dn salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad saw dan para sahabat srta tabii'n yg banyak menyumbangkn harta nyawa dan masa utk syiar agama islam agar ia trus berkembang hingga ke akhir zaman dan juga dapat menyemadikn alquran di dalam sanubari kita insya allahu taala a'lam..

ana nk kgsikn sdikit apa yg terlintas dlm fkiran ana ni.. insyallah baik dan buruk dari kisah yg ana bawakn ni dpt kita sama2 fkirkn kebesaran allah..sebenarnya banyak lg kekurangn yg ada dlm diri kita yg kita sendri tk sedar dan alpa..inikn pula kisah yg akn ana cerita kn ni,mengenai seorg remaja perempuan yg hdupnya bermandikn maksiat disebabkn kealpaan manusia terhadap perkara2 yg asalnya sekecil zarah,nmun kerana tidak di gilap,ia tlh mnjadi sebesar2 dosa dan titik noda hitam yg mencalitkn hatinya..di mana kita?? apa peranan kita sbg seorg yg mengaku umat islam?? sama2 la kita hayati kisah ini..
ana pernah menonton satu rncangn di satu station tv tu..msa tu rancangn tu sedang mbincangkn masalah2 remaja yg liar dan cara mengatasi ank2 liar ni..tbe2 ada satu panggilan telefon dari sorg fatayat ni,mula2 dia bercakap steady je


"sy seorg remaja yg sgt liar,liar2 sy disebabkn diri sy yg sgt tertekan dgn khidupn sy..fmily sy adalah kalangn fmly yg berduit,golongn yg senang..hdup sy berselimutkn duit..tp..sy xtenang ngn hidup sy..sy rasa ada smthing yg xckup.."


bila ana dengar fatayat tu ckp mcm tu,ana dh bygkn ending fatayat tu cmne..dpt bayang x??? ana smbung lg kisah fatayat tu,ini sekadar renungn kita bersama..hayatilah kisah hidupnya..allahuakhbar..


"sy ada daddy,mami,dan seorg abg..tp daddy dan mami jarang ada kt rumh..kmi jarang berkomunikasi bersama..hdup dgn dunia kmi sndri.. daddy dn mami x ambil berat lgsung ttg diri sy dan abg sy..mereka lbh byk kerja dr duduk rumh bersama kmi..dan mreka juga lbih senang bercuti di luar negara..hubungn sy dn abg jd sgt rapat dsbbkn sy takde tmpt mngadu msalah..jd setiap kwannya adalah kwn sy,dan setiap kwn sy adalah kwannya..
kami punyai satu group luar yg sgt inteam..masa terluang sedikit,kmi akn habiskn masa dikelab2 malam.minum arak..kmi juga tiada perasaan diantara kmi cinta satu sama lain,kerana bg kami,smua yg ada dlm group kmi adalah halal bg kami..semua kwn2 lelaki dlm group sy smua pernah merasai tubuh sy..kecuali abg sy sndri dn 2 org lagi yg masih blum rasainya..kami terlalu sosial..hingga lakukn hubungn seks bebas tnpa halangan sesiapa adalah kebiasaan bg kami.."


(gambar hiasan)


allahuakhbar..ana terkejut..sangkaan ana trhadap ending dia seperti meleset sedikit..apa sbenarnya ending fatayat ni??? ana lupa nk bgthu,fatayat ni muda sgt lg..baru mencecah umur 16 tahun..sebaya adik2 kita kn..kn..kn..

"satu hari,bila sy dpt thu daddy dn mami akn outstation pd hr esok,awal2 kmi merancang utk buat party group kmi spt yg kmi buat di tempat2 lain jugak sblum ni..jd bila mami dan daddy berangkat pergi,sy dn abg segera mnjalankn tugas kmi..kami tlh cutikn bibik kami dgn alasan kmi jarang di rumah,lbih baik bibik balik kampung cuti,namun setelah dipujuk,bibik setuju..
malam itulah mulanya kami berpesta di rumah..kami serikn party kami dgn arak..dan bg kami,slagi x mabuk,jd x sempurna party kami..kami akn minum spuas2 hati kami.
setelah mabuk,jd bermulanya kisah yg sgt mnyedihkn spanjang hdup liar sy dn sy x dpt lupakan buat selama2nya,trauma ini tejadi setelah berdetiknya jam 12 malam..

suprise!!!!!

lampu tertutup..

gelap!!!!

masa itulah kami sperti biasa mncari pasangan utk mlakukn hubungan seks..tidak kira lelaki mana yg kami dapat wktu itu,maka itulah pasangn yg akan meniduri kami..
tanpa memikirkan dosa,neraka,masa depan hancur dan lagsung tidak memikirkn daddy dan mami,kmi jlnkn program kami selancar2nya hingga lah ke pagi.."
kali ni btul2 meleset fkiran ana ttg ending fatayat ni...suara fatayat ni dh mula sebak..dan makin lama,dia mkin teresak2 menangis..ana tgk pengacara rancangan tu pn terlopong mndengarnya..

"bila sy celikkan mata pd pg esoknya,sy msih bersama dgn psangan sy..tp tergamam sementara bila melihat pasangan sy.."

"kali ni sy menjerit spuas2nya..sy terkejut..sy meraung.. ya allah..apa dh aku lakukn.."

"ya allah..aku insaf ya allah.."

"masa tu sy rasa gugur jantung sy dn sy dunia sy gelap..x kn cerah lagi buat selama2nya...."

ana x fhm situasi tu knp? fatayat tu trus menangis.. pengacara rancangn tu pn memujuknya supaya bersabar dn agar dia dapat mneruskn kisah nya..smbil menangis dia endingkn kisahnya..

"sbenarnya........."

"sy tlh tidur dan melakukn hubungn seks bersama abang kandung sy sndri pd malam tu.."

tanpa memberi salam,fatayat tu trus meletakkn ganggang telefonnya smbil menangis2..ya allah,ana btul2 tergamam..
kisah yg ana bwakn hrni sekadar renungan utk kita bersama dan kita fkir2 kn la..alhamdulillah kita bersyukur dikurniakan allah krn masih mmpunyai family yg memahami..tbuh badan yg sihat dan yg penting,didikan agama pd kita..nabi kata,'tiada apa yg dapat ku tinggalkn pd umatku kecuali quran dan sunnah..'


maksud terjemahan ayat:

"sesungguhnya,alquran itu memberi jalan

yg lebih lurus dan memberi khabar

gembira kepada orang mukmin yg mengerjakn

kebajikn bahawa mereka akan mendapat

pahala yg besar.."

"dan bahawa org yg tidak beriman kepada

kehidupan akhirat,kami sediakan bagi mereka

azab yg pedih.."

(surah al isra'_9 dan 10)

Friday, July 24, 2009

salam ukhwah fillah....




.: Assalamualaikum w.b.t :.








BERUSAHA BERJAYA

Bersama2kita membina
Masa depan yang lebih gemilang
Kita tanamkan tekad dihati berusaha
menuju wawasan

Rajin bekerja terus berusaha
Bagai hidup selama2nya
Beramal ibadah kepada Allah
Bagai esok sudah tiada lagi

Bersama ini kita semai cita..
Bersama2 kita mengejarnya
Dan bersama2 kita pun berdoa..
Agar semua usaha kita diberkati

Hindarkan kemalasan
Jauhilah rasa rendah diri..

Pohon takkan berbuah..
Jika tak dibajai..

Begitulah hidup kita
Rajin bekerja dan berusaha..

Bulat takkan bergolek
Pipih tak datang melayang..





hm,rindu nye jd junior kt mhad kn... mcm2 kenangan yg terlukis masa jd junior.. huhu, junior yg manja kn..nn trasa d hargai.. tp sekarang senior dah...... thun akhir dh.. bukn dh jd senior x d hargai, malah lbih2 lg dhargai.. alhamdulillah.. hm, senior dh kn. senior? ya allah,cptkn msa berlalu... whatever...alhamdulillah,byak sgt ilmu yg ana dapat kt cni.. ilmu,pengalaman, pengajaran n mcm2 lg.. ya allah berharganya duduk cni..indahkan masa blajar?.. ikut hati ana,ana nk trus blajr hingga nafas ni terhenti.. tp apakan daya, masa x mampu utk ana truskn hidup membujang n trus stdy cmni.. sbb umur bukn makin berkurang, malah umur makin bertambah.. hm, makin bertambah umur ni, makin hampir dri ni dgn kmatian.. ya Allah.. apakah sje amalan yg tlh ku lakukan..







................برك الله...............

Saturday, January 3, 2009

LARANAGAN RASULALLAH TERHADAP WANITA
(dipetak dr karangan DRS.hanafi mohamed,MA)


1)wanita mendedahkan AURAT
-wanita wajib berhijab atau menutup aurat dari pandangan lelaki bukan muhrim dalam setiap keadaan.
agar kaum wanita dapat menjaga dan memelihara kehormatan diri sendiri..
-wanita yg tidak menjaga auratnya boleh mendorong kpd gejala yg tidak diingini..spt rogol dan zina atau gangguan yg berbentuk seksual..
-Rasulallah melarang wanita mendedahkan perhiasannya,samada perhiasan semulajadinya atau perhiasan tambahan..


sabda rasulallah saw mafhumnya:
"Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka tidak boleh dilihat akan dia(auratnya) melainkan mukanya dan dua tangannya"
(H.R Abu daud)


2)Wanita berpakaian seperti lelaki
-wanita sekarang kurang penghayatan terhadap islam..mudah terpanggil untuk mengubah trend fesyen muslimah kpd pakain menyerupai lelaki.
kecenderungan ini telah menimbulkan kesan yg menimbulkan negatif terhadapnya dirinya dan pengaruh kepada masyarakat lain..
(contoh berpakaian seperti lelaki)
sabda rasulallah saw mafhumnya:
"Allah melaknat lelaki yg mengenakan pakaian wanita dan wanita mengenakan pakaian lelaki"
(H.R Abu daud dan hakim)

pada hakikatnya kaum wanita tidak menyedari bahawa cara berpakaian juga boleh mendatangkan laknat Allah swt seperti menampakkan perhiasan mas,permata dan sebagainya dengannya dengan harapan diketahui dan ditonton oleh kaum lelaki dan orang ramai..

ZUNNULMISR

My photo
"sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahannya.." (al insyirah_6)