Saturday, December 12, 2009

ISLAM MELARANG KERAS PERBUATAN ZINA......

Assalamualaikum..



hari ni ana nk la kongsi sikit apa yang dapat semasa dalam membuat kajian untuk tesis ana ni.. alhamdulillah sedikit sebanyak dapat bagi infak yang berguna pada kalian yang bce blog ni..

tjuk tesis ana larangan zina..



Allah s.w.t telah menetapkan sesuatu hukum kepada manusia untuk ditaati perintahnya bagi melihat sejauh mana ketaatan hambanya. Allah juga telah menetapkan bahawa mereka yang mengingkari suruhannya termasuk golongan orang yang menzalimi dirinya sendiri. Semuanya telah diletakkan garis panduan untuk diikuti dan ditaati oleh manusia. Disebalik syariat itu pasti tersembunyi seribu satu hikmah yang perlu diterokai oleh manusia.

Institusi kehidupan hari ini, larangan menghampiri zina haruslah dititik beratkan oleh setiap individu muslim. Hal ini disebabkan kerana mereka mengambil ringan suruhan ini dan menganggap hal ini bukan dari agama bahkan satu kehidupan masyarakat yang moden. Sedangkan judi, mencuri, meminum arak adalah bahaya di kalangan masyarakat, inikan pula zina dari muqaddimahnya hinggalah kepada usaha yang memungkinkannya akan berlaku perbuatan zina adalah bahaya dan berdosa disisi Allah s.w.t kerana zina adalah perbuatan keji yang bertentangan dengan syariat islam. Oleh itu,islam melarang keras penganutnya daripada menghampiri apa jua jalan yang membawa kepada zina dan melanggar batas-batas yang telah ditetapkan oleh Allah swt terutama hal batas-batas pergaulan.



"LARANGAN MENGHAMPIRI PERBUATAN ZINA"





Firman Allah:
ولا تقربواالزناانه كان فاحشة وساء سبيلا
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk”

(surah isra' ayat 32)


Larangan zina yang digunakan di dalam ayat ini ialah ‘janganlah kamu mendekati zina’ dan bukanlah digunakan ‘janganlah kamu melakukan zina’, kerana ia mempunyai makna yang sangat mendalam iaitu bukan hanya penzinaan sahaja dilarang, tetapi segala yang menjadi pintu ke arah itu adalah dilarang sama sekali. Walaubagaimanapun di zaman moden ini, masih ramai yang hanya memandang sepi sahaja terhadap larangan-larangan yang telah disyariatkan ini. Melakukan perbuatan zina bukan sahaja melanggar perintah Allah swt dan anjuran islam, malah telah menyalahi peraturan adat dan tatasusila hidup berukun dan merosakkan kedamaian. Namun begitu,adakah larangan terhadap perbuatan zina ini telah benar-benar memberi kesan kepada remaja khususnya di daerah kuantan ini?


Agama Islam adalah agama yang bercirikan lengkap, menyeluruh, menepati sesuatu tempat serta tetap dan anjal. Menyentuh berkenaan gejala zina yang berleluasa,tidak dapat disangkal lagi bahawa akal manusia biasanya mengakui perbuatan zina itu dikeji oleh agama kerana hubungan seks antara lelaki dan perempuan yang bukan suami isteri yang telah melakukan hubungan yang dihalalkan khusus untuk pasangan suami isteri seperti menimbulkan sesuatu perbuatan yang menyeronokkan dalam diri mereka.

Dapat dilihat dunia pada hari ini dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Pelbagai masalah zina bebas yang dilakukan dan hasilnya sangat dasyat di mana sesetengah bayi yang telah dilahirkan secara luar nikah dibuang di merata-rata tempat. Hal ini kerana mereka berasa takut atas perbuatannya terbongkar serta malu kepada masyarakat. Selain itu, ada pula lelaki yang menuduh perempuanlah punca segala perbuatan zina, kerana dikatakan perempuan yang sering mempamirkan tubuh untuk menaikkan nafsu berahi lelaki.

Realiti yang dapat diperhatikan kini ialah masyarakat terutama masyarakat islam khususnya sudah tidak menitik beratkan etika berpakaian, di mana pakaian seorang muslim itu wajib memenuhi fungsi dasarnya iaitu menghindarkan seseorang dari dorongan berahi kerana jika aurat tidak ditutup dengan sempurna ia akan mengundang berlakunya kejadian rogol atau perbuatan zina yang boleh merosakkan maruah individu yang terlibat. Sehubungan itu, nilai pakaian masa kini sudah dicemari oleh individu yang berpakaian hanya sebagai syarat dan adat sahaja dan pendedahan sebahagian tubuhnya yang telah mendorong kepada gejala zina. Di samping itu, mendengar perkara yang boleh menaikkan nafsu seperti kelunakan suara (rayuan atau pujukan) juga masalah-masalah yang memungkinkan berlakunya panggilan dan tarikan-tarikan untuk berzina.

Islam melarang masyarakat bergaul bebas di antara lelaki dan perempuan kerana kebebasan dalam pergaulam lelaki dan perempuan pasti akan menimbulkan fitnah zina. Sebelum berlakunya zina, agama islam juga melarang lelaki dan perempuan yang bukan muhrim berpandang-pandangan kerana dikhuatiri panahan dari pandangan tersebut akan menggelorakan syahwat sesama sendiri. Kemudian geloraan syahwat tersebut akan meronta meminta dilepaskan dan akhirnya terjadilah persetubuhan haram yang diidamkan. Mereka tidak pernah rasa bimbang atau takut dengan suruhan dan larangan tersebut malah berasa seronok apabila mengingkarinya. Demikianlah seterusnya agama islam sengaja meluaskan daerah larangannya, agar kemungkinan-kemungkinan berzina itu akan selalu tertutup rapat.


Kaedah usul fiqh berbunyi:


سدا للذريعة ودرءا للمفسدة

"menutup jalan kemungkinan untuk melakukan dan berusaha menolak kepada apa yang merosakkan”



Larangan zina mengingatkan kita agar jangan mendekati zina, inikan pula untuk melakukannya. Kalimah ”janganlah kamu menghampiri”, yang terkandung dalam alquran memberikan isyarat bahawa jika larangan ini diabaikan, ia akan menimbulkan banyak perkara yang boleh membahayakan diri dan mencemarkan agama,bangsa dan negara. Kemudian disebutkan perkataan yang disertai dengan gaya bahasa yang sangat menarik iaitu ” sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji ”. Perbuatan keji (al-fahisyah) adalah perkara negatif yang melampaui batasan. ”Dan suatu jalan yang buruk” perkataan yang disebutkan ini juga di antara perkara yang tidak diingini bagi setiap individu. Kekejian zina diakui oleh masyarakat yang ingin dihormati dalam kehidupannya kerana prinsip ini akan menghiasi masyarakat dengan emosi yang terpuji dan moral yang tinggi bagi kemajuan kehidupannya.


Menurut kamus Dewan Bahasa edisi ke empat, perkataan larangan mempunyai dua maksud, yang pertama ialah sesuatu yang dilarang atau terlarang. Manakala yang ke dua ialah perintah melarang (sesuatu perbuatan) tegahan.

Perkataan zina pula bermaksud persetubuhan yang tidak sah atau haram (bukan hubungan suami isteri), mukah :jangan kamu melakukan. Berzina ialah melakukan zina, berbuat zina dan mukah. Selain itu, penzinaan bermaksud perihal atau perbuatan zina.

Zina berdasarkan ilmu syara’ adalah perbuatan di mana seorang lelaki dan perempuan yang dengan jelas tidak terikat dengan pernikahan yang sah (menurut syariat Islam), melakukan hubungan kelamin, sedemikian sehingga kemaluan lelaki (hasyafah) si lelaki masuk ke dalam kemaluan wanita (farji), tidak mempedulikan akan terhasil orgasme atau tidak. Dalam hal ini, penzina harus berada dalam keadaan yang terikat dengan tanggungjawab. Namun demikian, ada sebahagian mereka yang terlepas dari taklif, antaranya:
1. yang tidak berakal, belum baligh, gila, tidur
2. yang di paksa (mukrah)
3. yang terpaksa (mudhtarir)


Larangan mendekati zina di sini ialah prevensi (sadd dzaria’h) atau berhati-hati (ihtiyath). Larangan menghampiri perbuatan zina adalah kerana orang yang menghampiri perbuatan tersebut tidak akan dapat lari dari melakukannya melainkan dengan perlindungan Allah s.w.t, sebagaimana kisah nabi Yusuf a.s. Nabi Yusuf dipancing oleh Zulaikha agar mendekatinya namun tidak diendahkan nabi Yusuf a.s hinggalah Zulaikha terdesak dengan nafsunya dan memerangkap baginda untuk ke bilik tidurnya dan menawarkan dirinya. Namun begitu,baginda menolaknya. Penolakan baginda menaikkan kemarahan Zulaikha kerana merasakan dirinya dihina oleh hambanya sendiri. Akhirrnya Yusuf terperangkap dengan Futhifar (suami kepada Zulaikha) yang pulang ke rumah ketika Zulaikha menarik koyak belakang baju baginda ketika mengejar baginda yang meluru ke pintu. Kemudian Zulaikha telah memfitnah baginda di hadapan suaminya. Walaubagaimanapun baginda terselamat dengan bukti yang berada di hadapan mereka bahawa baju baginda koyak di belakang dan bukan di hadapan. Akhirnya, Futhifar menyebelahi baginda dan berita itu sampai ke masyarakat umum.



Islam juga memandang serius kepada berlakunya perbuatan atau perlakuan awal (preaction) yang boleh membawa kepada berlakunya zina seperti berkhalwat.


Rasulallah s.a.w. bersabda:


“tidak berada di tempat sunyi di antara seorang lelaki dan wanita kecuali yang ke tiga adalah syaitan”.


Hadith ini menunjukkan bahawa perbuatan khalwat antara lelaki dan perempuan yang tiada hubungan mahram boleh mendorong kepada penyelewengan seksual kerana mereka akan dipengaruhi oleh syaitan yang sentiasa mendorong manusia ke arah kejahatan.


ZUNNULMISR

My photo
"sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahannya.." (al insyirah_6)